9 tahun menanti zuriat - Akhirnya doa anak anak yatim dimakbul Allah.
Kisah benar : Megat & Syafika.
Sepanjang 9 tahun perkahwinan, tidak ada perkara yang Megat & Syafika tak usaha. Daripada Berjumpa doktor pakar sehingga ke perubatan cara Islam. Semuanya berkaitan usaha memperoleh anak.
Megat & Syafika sihat dan tidak punya apa apa penyakit. Tak ada langsung masalah kesuburan. Semuanya sihat saja.
Tiap hari ramai yang tanya mengenai kehamilan Syafika sampai satu tahap mereka benar benar putus asa.
Ketika usia 37 tahun, semua rakan rakannya dah sibuk hantar anak masuk sekolah, tapi Megat & Syafika masih berdua.
Rumah mereka sunyi... kehidupan mereka lagi terasa down sekali.
One day, Megat & Syafika singgah di sebuah masjid untuk solat asar. Di situ ada ramai sangat anak anak yatim.
Megat & Syafika pandang begitu lama anak anak ini, dan ada beberapa orang anak anak yatim sekitar usia 6 tahun berlari dan memeluk Megat & Syafika. "Saya rindu makk.... boleh saya peluk makcik"
Sebak mereka berdua disitu. Syafika rasa lain sekali petang itu. Tergerak di hati pasangan ini untuk ceritakan kesedihan mereka kepada imam disitu.
Malam tu selepas solat Isyak Megat & Syafika solat hajat bersama anak anak ini. Anak anak ini menadah tangan memohon kepada Allah agar Megat dan syafika segera dikurniakan zuriat.
Malam itu malam yang penuh air mata. Syafika menangis dan tidak tahan sebak... dia menceritakan niatnya untuk memperoleh zuriat kepada anak anak ini. Dia memeluk anak anak ini. Dia cium dahi anak anak ini. Megat & Syafika bersedekah kepada mereka.
Allah Maha Kuasa, sebulan kemudian, Syafika disahkan mengandung.
Memang benarlah pesan Rasulullah saw agar kita memelihara anak yatim. Banyak yang kita tak sedar kelebihannya.
Menambah lagi gud news ni apabila mereka dikurniakan anak kembar seiras.
Ketika ini, Syafika berpantang. Disebabkan Syafika orang Sabah, Megat turut ikut sama isterinya dan menjaga Syafika siang malam.
Banyak rahsia alam & kelebihan yang Allah sediakan untuk hambaNya. Kadang kita tak nampak.
Doa anak anak yatim.
Kuasa dan doa anak anak yatim sungguh luar biasa. Anak anak yatimlah golongan yang paling dekat dengan Rasulullah di syurga nanti.
Peliharalah anak anak yatim, Allah akan pelihara kita.